Skip to main content

PENGURUSAN KEWANGAN:

Pengurusan Kewangan yang bijak merupakan perkara yang paling penting bagi semua kita; samada yang masih bujang, pelajar, dan yang telah berkahwin.

Bila kita sebut pasal  Pengurusan Kewangan, sudah pasti dalam fikiran kita terbayang bayang tentang "DUIT". Ditambah pada zaman sekarang, semua perkara memerlukan duit.

Duit...duit...duit...
Bila tiada duit, kita stress...
Bila ada duit, banyak perkara pula kita rancang nak buat ( shopping, bayar bil, bayar sewa, dan lain-lain).

Kenapa wujudnya senario tiada duit, kurang duit, duit cukup cukup untuk sendiri, atau mempunyai duit yang banyak?

Sudah pasti semua itu dipengaruhi oleh KEMAHIRAN MENGURUS KEWANGAN PERIBADI anda masing-masing.
Jika anda bijak mengurus wang, maka senanglah kehidupan anda seharian.
Sebaliknya, jika tidak mengurus wang dengan efektif, maka sudah pasti anda akan berhadapan dengan masalah kewangan sehingga menimbulkan perasaan stress atau susah hati setiap hari, dan keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila terpaksa meminjam duit daripada orang lain.

Bayangan jika anda seorang yang bekerja, bila dah terima gaji duit tak mencukupi lepas dah bayar itu ini.
Bayangan pula jika anda seorang pelajar, duit biasiswa/ pinjaman/ diberi oleh ibubapa entah pergi kemana lepas dah beli itu ini.

Dalam blog ini, saya akan berkongsi dengan anda tips tips penting mengurus kewangan dengan bijak.
Saya bukanlah mentor professional Kewangan tetapi perkongsian saya adalah berdasarkan Pengalaman dan Amalan yang telah saya lakukan sehingga saya bebas dari masalah Kewangan.

Paling penting, anda perlu fokus, ada motivasi diri untuk mencapai objektif/ matlamat Kewangan anda berdasarkan tips tips yang akan saya kongsikan dalam blog ini.

Kejayaan Kewangan anda terletak di tangan anda sendiri.

Sekiranya anda tiada motivasi, tidak dapat bersabar, dan tiada matlamat Kewangan anda, maka blog ini tidak sesuai untuk anda.

Tetapi, jika anda benar-benar serius dan komited untuk bebas dari bebanan/ masalah Kewangan, maka anda telah membuat pilihan yang tepat untuk melayari blog ini.

Comments

Popular posts from this blog

HUTANG BAIK DAN HUTANG YANG MEMUDARATKAN

Eh, pelik sungguh topik ni...ade pulak hutang baik dan hutang yang memudaratkan. Disini saya nak terangkan secara ringkas apa itu hutang baik dan hutang yang memudaratkan. Katakan saya seorang pelajar Yang memerlukan pinjaman PTPTN untuk membiayai pengajian, itu dikategorikan sebagai hutang baik.